Site announcements

Nasihat Keselamatan ICT: Penukaran Kata Laluan Sistem Universiti & Emel

 
Picture of NORAZZALEZA BINTI BERTLY Puan
Nasihat Keselamatan ICT: Penukaran Kata Laluan Sistem Universiti & Emel
by NORAZZALEZA BINTI BERTLY Puan - Wednesday, 5 May 2021, 12:27 PM
 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

Rujuk & Muat Turun Manual Sistem Pengurusan Kata Laluan (.pdf)

 

Untuk makluman, pihak Universiti sentiasa mengambil serius dalam memastikan keselamatan ICT dan data Universiti sentiasa terjamin dan selamat. Pemantauan berterusan terhadap Keselamatan ICT dan data sentiasa dilakukan oleh JTMK bagi memastikan Dasar ICT (DICT) Universiti dipatuhi.

 

Hasil penemuan teknikal JTMK berdasarkan kepada aktiviti rutin pemeriksaan keselamatan mendapati rekod kata laluan semua pengguna Universiti berkemungkinan telah terdedah kepada pihak luar. Pada masa sama, didapati masih ramai pengguna Universiti belum mengemaskini / mengubah capaian kata laluan mereka dalam masa yang ditetapkan.

 

Mengambil kira perkembangan semasa ancaman Keselamatan ICT di peringkat global dan sebagai langkah pencegahan, maka JTMK MEWAJIBKAN semua capaian kata laluan pada sistem universiti dan emel ditukar atau diperbaharui dalam tempoh satu minggu dari pemakluman ini dikeluarkan.

 

JTMK bersedia membantu dan memberikan khidmat nasihat, jika diperlukan. YBhg Datuk/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan boleh menghubungi Kukuro JTMK melalui aplikasi whatapps +6088-329000.