Pelancongan alam semulajadi adalah satu bidang melangkau sempadan yang penting dalam pemuliharaan alam semulajadi kontemporari yang mampu menyebatikan perlindungan dan penggunaan sumber-sumber alam semulajadi secara lestari. Pelancongan alam semulajadi merupakan bidang yang dinamik dan sentiasa berkembang selari dengan perkembangan ilmu berkenaan dengan biodiversiti dan biosistematik dari segi pengetahuan tentang flora dan fauna. Kursus ini akan memberi pendedahan tentang pengertian pelancongan alam semulajadi dan sumbangan-sumbangan bidang ini dalam pemuliharaan alam semulajadi. Asas-asas dalam kajian inventori serta analisis data inventori flora dan fauna juga akan disampaikan. Ini termasuklah pemetaan dan analisis biogeografi flora dan fauna dengan mengaplikasikan teknologi yang mesra pengguna. Seterusnya, kursus ini akan menyentuh tentang konsep penilaian potensi flora dan fauna untuk dijadikan produk-produk pelancongan alam semulajadi. Beberapa contoh pemprospekan produk pelancongan alam semulajadi turut akan dibincangkan. Kursus ini akan melibatkan kerja lapangan di tapak terpilih.

Nature tourism is an important transboundary field in contemporary nature conservation that is able to synergize protection and sustainable utilization of natural resources. It is a dynamic and progressive field in tandem with knowledge advancement in biodiversity and biosystematics related to flora and fauna. This course provides information about the relationship between natural resources and tourism, planning and management of natural, cultural resources and peopleʹ way of life for sustainable use in tourism with special focus on rural areas, wildlife sanctuaries and other areas of forests, mountains, beaches and islands. It provides an exposure on the understanding of nature tourism, its contributions towards nature conservation. The fundamentals in inventory related studies, and data analyses will be delivered. This encompasses flora and fauna mapping, biogeographic analyses by applying user-friendly technologies. This course also touches on the nature tourism product prospecting concepts and provides an understanding about tourism-related entrepreneurship. Several examples in nature tourism products will be discussed. This course involves field work at a selected site. Overall, this course provides the application of ecological principles into tourism as well as the principles of human behaviour used in eco‐tourism issues.