Kursus ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan fundamental pembangunan dalam konteks perubahan sosial. Ia meliputi aspek-aspek: konsep/falsafah, teori, ideologi, pendekatan dan polisi pembangunan dan perubahan sosial; latar belakang sejarah/pengalaman pembangunan dan perubahan sosial di negara-negara membangun khususnya era pra revolusi industri dan era industri; latar belakang/pengalaman pembangunan dan perubahan sosial di negara-negara sedang membangun; dan kes kajian pembangunan di Malaysia yang meliputi Rancangan Pembangunan Jangka panjang (RPJK) dan Rancangan Pembangunan Jangka Pendek (RPJP) dengan tumpuan kepada pendekatan, polisi/dasar dan strategi serta pencapaiannya.