Kursus ini membincangkan teori-teori sosial dalam konteks sosiologi dan antropologi, yang meliputi idea dan perkembangan dari abad ke-18 hingga abad ke-19, kemunculan pelbagai aliran pemikiran teori semasa hinggalah era post-moden. Bermula dengan menelitian idea pemikiran teori era enlightenment iaitu ahli sosiologi Karl Marx, Weber dan Durkheim, dan berakhir dengan 'meta-teori' era post-moden. Teori sosial terutama teori-teori sosiologi dan antropologi, terus berusaha untuk untuk memberikan sistem penerangan tentang bagaimana dan kenapa sosial berubah, serta akibat perubahan itu terhadap masyarakat. Oleh itu, berdasarkan pelbagai perspektif teori klasik, neo-klasik, moden dan post-moden terhadap faktor dan akibat sesuatu dimensi perubahan sosial, Kursus ini berusaha untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teori sosiologikal dan antropologikal, seterusnya berkebolehan menerapkannya dalam analisis serta memberikan penerangan terhadap sebab dan akibat pelbagai dimensi perubahan sosial dalam masyarakat kontemporari.