Kursus ini merupakan pendedahan awal kepada pelajar mengenai subjek geografi. Pengantar geografi merupakan subjek teras yang mesti difahami oleh pelajar.
Subjek ini akan mendedahkan beberapa perkara seperti tokoh geografi, tema, konsep ruangan dan seterusnya bidang-bidang kajian. Beberapa asas yang lain
seperti APA ITU TEORI/MODEL serta kegunaannya akan juga diketengahkan. Pada akhirnya pelajar akan didedahkan dengan penyelidikan dan kerja lapangan
bagi memantapkan lagi kefahaman pelajar terhadap subjek ini