Migrasi penduduk luar bandar ke bandar adalah sebab utama proses urbanisasi di Negara Membangun dan proses ini turut membawa ahli-ahli antropologi ke ruang bandar.
Kursus ini akan membincangkan bagaimana teknik penyelidikan antropologi digunakan dalam mengkaji masyarakat bandar. Fokus kursus ini adalah sejarah perkembangan
ilmu antropologi bandar, corak ekonomi dan gaya hidup bandar serta masalah sosial di bandar seperti kemiskinan dan persetingganan.