Penyelidikan dalam perhubungan awam memperkenalkan kepada para pelajar tentang pendekatan saintifik dalam membentuk dan melaksanakan program komunikasi komersil atau awam. Kursus ini menekankan kepada analisis situasi, kaedah dan teknik penyelidikan dalam mana-mana peringkat intervensi program komunikasi seperti permulaan, pertengahan, termasuklah pengujian mesej dan pemantauan serta penilaian program.