Pada akhir kursus ini pelajar akan diberikan pendedahan mengenai sejarah, difinisi, keperluan perundangan dan tatacara pelaksanaan SIA.

Pendedahan tersebut penting kerana Penilaian Impak Sosial (SIA) ialah sub bidang geografi manusia yang mengkaji impak sosial projek pembangunan.

Bidang ini penting untuk memahami, menilai dan melaksanakan sistem pengurusan impak yang kemungkinan akan menimpa komuniti sebelum, semasa dan selepas projek dilaksanakan.

Setiap pemaju di Malaysia wajib mendapat kelulusan SIA sebelum sesuatu projek dilaksanakan, oleh itu kursus ini mendedahkan kepada pelajar mengenai tatacara pelaksanaan SIA dalam keadaan sebenar.