Kursus ini menjurus kepada pemodenan dan pembangunan yang berlaku dalam sejarah moden Asia Tenggara. Kursus akan mencakupi zaman moden awal, era imperialisme dan perubahan yang berlaku ke atas Asia Tenggara ke arah permodenan; nasionalisme dan dekolonisasi; dan pembangunan nasion. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh entiti Asia Tenggara usaha permodenan dan pembangunan juga akan dikaji.