Sosiologi bandar mengkaji pelbagai bentuk dan tahap hubungan sosial dalam konteks ekologi bandar yang sifatnya dinamik dan rumit. Sejarah peradaban manusia menunjukkan bahawa bandar merupakan permulaan kemunculan peradaban (Redfield 1953) yang telah bermula di dunia lama seperti di Asia Barat. Kursus ini bertujuan memberikan pelajar pengetahuan teori dan juga empirical tentang bandar dan pembandaran yang dijana menerusi pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dinamik.  Dengan demikian pelajar memahami bagaimana pelbagai bentuk dan tahap hubungan sosial di bandar telah mempengaruhi perkembangan pelbagai fenomena (kejadian) sosial dan bagaimana urban dan urbanisasi terus mencetuskan pelbagai fenomena social baharu dalam masyarakat.  Fenomena sosial yang diberikan perhatian termasuklah susunlapis kelas-kelas sosial dan pola hubungan-hubungan nya dalam dan antara lapisan-lapisan sosial; bentuk-bentuk kelompok sosial yang menzahirkan kelas-kelas sosial seperti komuniti, pekerja (berniaga/ usahawan dan bergaji/ tenaga kerja); keluarga; sector formal dan informal; devian dan jenayah. Teori-teori pembentukan bandar (urbanisasi) dan perspektif sejarahnya juga dibincangkan.