AJ32903 SEJARAH EKONOMI TANAH MELAYU (1850 – 1941)

Kursus ini mengkaji ekonomi Tanah Melayu pada zaman kolonial sehingga Perang Dunia Kedua. Ia membincangkan proses perubahan orientasi ekonomi dan perkembangan ekonomi kapitalisme yang didominasi oleh komuniti pelabur Eropah dan immigrant yang lain. Di antara aspek-aspek yang diberi tumpuan ialah persoalan ekonomi dari perspektif Melayu dan immigrant, kewujudan ekonomi dunia, dasar ekonomi kolonial dan situasi kemelesetan ekonomi pada dekad 1930-an.