Kursus ini menghurai, menjelaskan dan membincangkan isu-isu yang berkaitan pelakuan jenayah dalam konteks disiplin geografi khususnya geografi jenayah. Pendefinisian dan konsep-konsep asas pelakuan jenayah dari pelbagai sudut seperti pendefinisian umum, perundangan dan agama dijelaskan. Perbezaankajian pelakuan jenayah daripada pelbagai disiplin ilmu selain geografi juga dibincangkan. Sejarah dan perkembangan tema kajian pelakuan jenayah dari sudut geografi juga dijelaskan dalam kursus ini. Teori-teori awal ruang geografi yang menjelaskan kepada pelakuan jenayah juga diketengahkan. Komponen, jenis serta sumber-sumber data bagi kajian pelakuan jenayah juga dijelaskan. Dasar dan polisi pelakuan jenayah juga dibincangkan khususnya Malaysia. Kursus ini juga memberi penekanan kepada aspek kemahiran. Untuk ini, kaedah serta pendekatan berkaitan pengumpulan, pengurusan dan análisis data pelakuan jenayah secara ruangan juga diketengahkan dalam kursus ini melalui tugasan yang sesuai dengan kursus ini.