Penyelidikan sosial menjadi tulang belakang bagi memperoleh ilmu dan memberi pemahaman terhadap fenomena sosial semasa. Kursus ini diperkenalkan bagi menyediakan gambaran menyeluruh tentang metod penyelidikan dalam sains sosial. Para pelajar akan memperoleh kemahiran dalam mengendalikan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Dengan itu, para pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran menerusi kuliah ini bagi menjalankan penyelidikan mengikut prosidur dan standard penyelidikan yang tepat.

Kursus ini dibentuk bagi memberi kefahaman mendalam kepada pelajar mengenai penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang menjadi teras dalam kajian Antropologi dan Sosiologi. Perbincangan dalam kursus ini dibahagikan kepada tiga komponen yang utama iaitu (i) falsafah dan metodologi penyelidikan kualitatif dan kuantitatif; (ii) teknik dan prosidur penyelidikan; dan (iii) analisis dan interpretasi data.

Selain mempelajari pendekatan dan kaedah penyelidikan dalam kuliah, para pelajar akan didedahkan kepada situasi penyelidikan sebenar di lapangan. Dengan itu, pelajar memperoleh pengalaman menemubual responden, merekod dan memerhati fenomena sosial dalam natural setting. [Kerja lapangan untuk kursus ini tertakluk kepada PKP semasa].